Salam di ucapkan pada semua..hari ni nak kongsi pengalaman pasal life in hostel..U all semua mesti pernah tinggal kat asrama time sekolah sekilah dulu kan?? mcm mana?? ok ke ko..hehe..kalau nak cerita pasal tinggal kat hostel time sekolah ni,sure tak kering gusi..
naak di mulakan cerita dah ni..fokus2..saya tinggal ka hostel SMKDB dulu..sebelum masuk tu dah dengar macam macam cerita...ade suka ade duka..Saya duk hostel pun sebab nak exam SPM2006.. masuk pun dah bulan 9..tak lama dah nak exam..Maklumla kalua duk umah mesti mengadap tv je kan...So camne nak cemerlang time exam..so nak tak nak tepaksa la tinggal kat hostel tanpa sebarang paksaan..firstday tu memang happy,dapat tumpuan...maklumla dah senior...tambah2 lagi tengah becinta monyet dengan olahragawan sekulah..haha femes kejab...tapi dari hari ke hari jadi tak seronok pulak..makanan dia asyik menu tu je...bosan jugak kan..nak jumpe ayam masak merah seminggu sekali je...wawaa tak bes sangat... Pastu if time mandi tu kene berebut2..uhuuuu tak suke la...kalau junior lak lagi dasyat,de je yang buat perangai macam budak2..kencing atas tilam...adoi dah tua pun kencing lagi..kui3..pastu time kelas selalu mengantuk...sampai cikgu2 pun dah kenal muke ni...ade 1 hari 2 teacher cakap...awak pergi toilet sekarang...basuh muka tu...dengan muka blur and malu yang menebal,terus keluar...huhuhu
Tuesday, October 21, 2008
Yahoo!!! Aidilfitri Datang Lagi...
Bismillahirrahmanirrahim..
Walaupun hari nih dah masuk 20 Syawal, tapi saya still nak berkongsi pengalaman raya tahun ni.. Raya tahun ni merupakan raya yang seingat saya paling meriah dan yang penting, paling mengerah tenaga dan keringat..huhu..
Disebabkan nenek tinggal bersama kami sekeluarga, dan rumah kami terletak kat kampung, dengan rasminya rumah saya menjadi tempat saudara mara berkumpul pada hari raya..
Selesai solat raya kat surau kampung, saya dan kakak bermaafan dengan mak cik-mak cik dan tok-tok kat surau..ada yang bertanya kami berdua ni anak siapa..mungkin jarang melihat muka kami kat kampung..
Pas tu, kami berjalan kaki balik ke rumah.dekat je pun..tengah jalan, nampak sekumpulan kanak-kanak ribena yang sangat comel..si kanak2 lelaki lengkap dengan baju melayu dan sampin manakala budak perempuan pulak pakai baju kurung, dengan beg tangan kecil(untuk isi duit raya la kan..) dan siap make up..comel sesangat..macam nak cubit je pipi budak-budak tu..tapi mengingatkan pagi tu pagi raya, niat tu dibatalkan..hehe.kang tak pasal-pasal nangis pulak..
Sesampai kat rumah, saya dan kakak bermaafan dengan mak, abah, dan tok.. yang peliknya, tahun ni tak de sesi tangis-menangis..tak tau la kenapa..tahun lepas, sampai bengkak mata menangis, tahun ni siap menghadiahkan senyuman time salam dengan mak dan abah..(confuse2..)..pas tu, abah bagi duit raya..hehe..time ni la yang seronok..sapa yang tak suka bila orang kasi duit kan..hehe.
tak lama pastu,kanak-kanak ribena mula bertandang..semua cumil-cumil..lepas satu kumpulan, datang pulak satu kumpulan lagi..memang ramai..ok, hipotesis yang boleh dibuat time tu, populasi kanak-kanak yang datang beraya tahun ni lebih ramai berbanding tahun sebelumnya..(",) Saya bersyukur dalam hati..sekurang-kurangnya, budaya tersebut masih lagi ada dan diamalkan..bagi saya, tak meriah hari raya tanpa kunjungan kanak-kanak tersebut..walaupun sekadar datang untuk menambah jumlah duit raya, melihat telatah dan ragam mereka membuatkan saya tersenyum..ada yang datang, berebut-rebut nak duit raya..ada pulak, pukul 2 petang baru datang sampai kat rumah saya..muka budak tu berpeluh-peluh..mungkin jauh sangat berjalan untuk mengumpul duit raya..hmm..macam-macam telatah diorang..
Rumah saya mula dikunjungi jiran dan sanak saudara sekitar jam 10.30pagi..time ni la keringat dan tenaga diperlukan semaksimumnya..mungkin disebabkan agak ramai yang bertandang ke rumah pada satu masa, menyebabkan saya dan kakak terpaksa melayan tetamu yang ramai pada satu masa..menu raya tahun ni, mee kuah yang mak buat habis dihidangkan petang tu..selalunya, kalau raya sebelum ni, tak pernah pulak tak cukup or habis awal..so, sanak saudara yang datang lepas Asar dan malam terpaksa makan lemang je..kesian la plak..untuk memasak, mak memang dah tak larat..kalau saya dan kakak nak masak, alamatnya tak jadi kot mee kuah..hehe..
Dalam kemeriahan menyambut hari raya, sedih saya melihat tok yang terpaksa beraya dengan muka yang bengkak(sebab allergic).. ubat dah diambil, tapi bengkak kat muka tok masih lagi tak surut..petang hari raya kedua, kami sepakat membawa tok ke satu klinik swasta ni..tok kena tahan kat wad and doktor masukkan air n suntik anti-histamine untuk kurangkan allergic..saya dan kakak tunggu tok kat wad sampai malam..walaupun bengkak kat muka tok ambil masa beberapa hari untuk sembuh, alhamdulillah kesihatan tok dah semakin pulih..(",)
Hari raya ketiga, Allah menguji kami sekeluarga dengan symptom keracunan makanan..satu family diserang diarrhoea(atau orang Melayu menyebut cirit-birit) dan muntah-muntah..Mengikut teori yang saya buat, keracunan makanan tersebut adalah disebabkan fishball yang abah beli kat pasar malam..so pengajarannya, jangan membeli lagi fishball kat pasar malam..hehe..
Moral of the story, dalam kita bersuka ria dan bergelak tawa, kadangkala kita mudah terlupa bahawa semua itu adalah anugerah dari Allah.. Oleh sebab Allah sangat sayangkan hamba-hambaNya, kesusahan dan kesedihan datang menguji sebagai salah satu peringatan Allah kepada kita atau mungkin juga salah satu cara untuk kita kembali ingat kepadaNya..dan jika kita redha dan sabar menerima semua kesusahan, kesusahan tersebut bakal menjadi penghapus dosa dan kelalaian kita..
Akhirul kalam, salam aidilfitri buat semua..maaf dipinta atas segala kekhilafan dan ketelanjuran kata..moga Ramadhan yang berlalu meninggalkan seribu satu keinsafan buat kita..dan mudah-mudahan, Syawal membawa lembaran baru buat kita supaya menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa..inshaAllah..
Wslm...
My Life Only For Islam...
Assalamualaikum...
Subhanallah wa Alhamdulililah, wa la ilaha illa allah, wa Allahu Akbar....
Syukur yang tidak terucap kehadrat Tuan yang punya Dunia..Takbir ! Allahu Akbar !..yang telah memberikan saya ilham & kekuatan untuk meneruskan misi memperjuangkan islam. Terima kasih yang tidak berkesudahan kepada yang terus menyokong terutama keluarga, kawan dan juga para muslimin dan muslimat sekalian.
Mohon doa restu dari the most beloved ayahnda, bonda & family. Semoga Allah memberikan kita as-sakinah & sejuk mata selalu. Doa kupanjatkan untuk mak dan ayah, semoga terus tenang dan sabar menghadapi kerenah kami sekeluarga. Buat tuan² guru, alim ulama', para mubaligh & murabbi...doa kalian amatlah diharapkan. moga sentiasa mendoakan kemudahan rakan² perjuangan.Yang terus berjuang......teruskan berjuang selagi ada roh .berdakwahlah dalam karya selagi ada roh dan yang menyokong laman ini selalulah berkunjung selagi kita masih berdaya .

Exam Oh Exam
Salam..urm pejam celik pejam celik dah nak final exam...Berdebar sangat sangat nan menempuh exam...sem ni pulak subjek payah payah..tak tahu la camne,harap harap boleh la buat yang terbaik...Kalu dapat 3 above pun jadi la..Amin...Ha korang sume dah study ke??? All the bez ek!!!
Tuesday, October 14, 2008
Hormati yang tua,sayangi yang muda....
Kita amat bertuah kerana hidup di kelilingi sanak saudara exspecially kedua ibu bapa. Dari peringkat yang lebih muda daripada usia kita hinggalah ke peringkat yang lebih berusia daripada kita. Hdup semakin harmoni dan bahagia apabila kita dapat memanfaatkan apa yang ada di sekeliling kita. Siapakah mereka?
Di peringkat yang lebih muda daripada usia kita, mungkin sahaja mereka ialah adik-adik, anak-anak saudara mara. Manakala mereka yang lebih tua pula selain ibu bapa, mereka ialah emak dan bapa saudara mara, nenek atau datuk dan sebagainya. Hidup dalam lingkungan lapisan generasi yang berbagai peringkat ini adalah satu peluang. Peluang melatih diri menyayangi setiap yang muda. Begitu juga terhadap yang berusia. Melatih kita beradab, tertib dan menghormati mereka. Tentu sahaja cara mendekati mereka tidak sama. gurau senda di antara yang tua dan muda berbeza, bukan?
Permata hatiku, usah leka dan hanya seronok mengisi masa hanya dengan teman-teman sebayamu sahaja. Luangkan sedikit masa dan berikan hak mereka yang sering kamu terlepas pandang. Hargailah limpahan peluang yang dihulurkan oleh Allah. Limpahan yang hanya dapat dilihat dengan mata hati.

Subscribe to:
Posts (Atom)